Dengar degupan jantungnya. Lihat gerak-geri kecilnya. Setiap imbasan di Klinik Iris bukan sekadar pemeriksaan, ia detik yang anda akan simpan seumur hidup, dikendalikan teliti oleh doktor berpengalaman.

Sihatkah bayi saya? Cukupkah tumbesarannya? Bila patut saya risau, bila patut saya tenang?, Setiap ibu pernah bertanya soalan ini di tengah malam.
Imbasan ultrasound membolehkan doktor kami memantau tumbesaran, kedudukan dan kesihatan bayi anda pada setiap peringkat, dan mengesan awal sebarang keperluan penjagaan tambahan. Supaya anda tak perlu meneka-neka, dan boleh nikmati kehamilan dengan hati yang tenang.
Mahukan penjagaan kehamilan penuh dari awal hingga bersalin? Lihat Penjagaan Kehamilan →
Setiap peringkat kehamilan ada ceritanya sendiri, ini panduan bila setiap imbasan dilakukan.
Detik "ia benar-benar berlaku!", pengesahan kehamilan, usia kandungan dan degupan jantung pertama si manja.
Putera atau puteri? Ketahui jantina bayi anda dan mula memanggilnya dengan nama.
Penilaian teliti anatomi dan tumbesaran, dari jari kecil hinggalah degupan jantung, semuanya diperiksa satu persatu.
Menjelang hari besar, pantau kedudukan, saiz dan kesihatan bayi supaya anda melangkah ke hari bersalin dengan yakin.
Ribuan ibu di Bandar Seri Putra mempercayai kami untuk detik-detik pertama bersama cahaya mata mereka.
Imej yang jelas dan terperinci untuk setiap peringkat kehamilan.
Setiap imbasan dilakukan dan diterangkan sendiri oleh doktor kami.
Santai dan selesa, bawa suami dan keluarga untuk berkongsi detik ini.
Buka setiap hari 8 pagi–11 malam. Datang selepas waktu kerja pun sempat.
Tempah imbasan hari ini, dan bawa pulang gambar pertama cahaya mata anda.